06 Jun 2009

Iktibar Untuk Ibu Bapa




Dalam perjalanan ke Bandar Kuantan, tiba-tiba terlihat sekumpulan penduduk Indera Sempurna sedang berkumpul. Rupanya terdapat satu kemalangan di antara sebuah kereta dan sebuah motosikal. Sempatlah mengambil beberapa gambar untuk dimuatkan dalam blog ini.

Bukanlah tujuan catatan ini ditulis untuk menyatakan pihak mana yang salah atau cuai. Cuma untuk memberikan iktibar kepada Ibu Bapa di perkampungan ini supaya memerhatikan anak-anak mereka yang menunggang motosikal tanpa lesen dan juga tanpa memakai topi keledar. Sebelum ini pun, telah berlaku beberapa kemalangan di dalam kawasan perkampungan kita.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai anak-anak remaja yang menunggang motosikal bersiar-siar di sekitar perkampungan ini. Jika tidak berlaku apa-apa tiadalah menjadi masalah, tetapi bila berlaku kemalangan seperti ini..... siapa yang akan susah...

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...
Saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan artikel ini dan anda boleh berikan komen...

1 ulasan:

aku Dayat berkata...

meninggalkan titipan sebagai jiran se-perkampungan Indera Sempurna...

tidak dapat dinafikan segelintir penduduk di sini yang kurang berhemah di dalam pemanduan, paling ketara di waktu pagi ketika hendak pergi ke destinasi rezeki masing-masing. Ada yang memahami situasi kawasan perkampungan dan ada juga yang lupa padanya. Asalkan cepat sampai. Walaupun sebahagian besar jalan utamanya agak besar, namun saya pernah melihat 2 atau 3 buah kereta kemalangan di dalam kawasan perkampungan itu...

Jadi bersama-samalah kita beringat demi keselamatan diri dan orang lain....

Template by:
Free Blog Templates