27 April 2009

"Taat Kepada Kedua Ibu Bapa"


Tajuk Khutbah Jumaat 24 April 2009.

Dalam perjalanan pulang ke Kuantan, aku telah singgah di Masjid Fajar, Jalan Gambang untuk menunaikan solat jumaat.

Khutbah pada hari itu berkenaan dengan Ketaatan kepada Kedua Ibu Bapa.Teringat aku ketika menjadi pembaca tazkirah pada program Ukhuwah Keluarga 2009 januari lalu.

Terdapat dua ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh Khatib pernah aku bacakan kepada semua ahli keluargaku sebagai peringatan dan nasihat. Aku telah menayangkan video animasi Al-Qamah yang telah mengecewakan ibunya kerana mengutamakan isterinya. Aku juga menayangkan video kelahiran melalui pembedahan untuk diambil iktibar.

Dua ayat itu adalah...

1) Ayat ke 14 Surah Luqman (Surah ke-31)

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”



2) Ayat ke 23 Surah Al-Isra' (Surah ke-17)

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Semoga dengan nasihat dan peringatan ini kita akan sentiasa mengingati kedua ibu bapa kita dan Ibu khususnya telah menanggung berbagai kelemahan demi kelemahan daripada awal mengandung, ketika mengandung dan selepas bersalin....

"Ya Allah, Ampunilah dosa dan kesalahan kami juga dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami, peliharalah mereka ya Allah sepertimana mereka memelihara kami ketika kami masih kecil. Amin...

24 April 2009

Jangan Memandu Ketika Mangantuk...Buruk Padahnya...



Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat Allah kerana telah menyelamatkan aku daripada mengalami kecederaan yang teruk dalam kemalangan di atas. Kejadian yang berlaku pada 15 April 2009 jam 10:30pagi dalam perjalanan ke Muadzam telah memberi pangajaran supaya jangan memandu ketika mengantuk.

Memang aku akui aku mengantuk sebelum itu dan ingin mencari tempat untuk berhenti tetapi memikirkan tempat dituju begitu hampir, aku bukakan tingkap dan teruskan memandu.Bila aku sedar, kereta aku dah berpusing dan aku membalas stering dan akhirnya aku hanya mampu melihat kereta menggelungsur ke arah pokok dan terus "berdentum"....

Mujurlah tidak diserang sakit jantung, aku terus melihat mukaku yang terkena serpihan kaca, Alhamdulillah tiada darah yang keluar... Aku terus melihat kakiku... Alhamdulillah semua berkeadaan baik.

Aku keluar dan melihat kerata, bahagian belakang tiada apa, bahagian hadapan cermin retak dan bahagian sebelah kiri remuk... Aku terbayangkan apa akan berlaku sekiranya ada isteri dan anakku atau sahabatku yang berada disebelah.. mungkin mengalami kecederaan teruk....

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Jadi... Janganlah memandu ketika mengantuk, rehatlah sebentar walaupun destinasi anda telah hampir...kerana mungkin anda tidak sampai dengan selamat...

Selamat memandu...

Template by:
Free Blog Templates