01 Februari 2009

Kelebihan Bersahabat Dengan Orang 'Alim

Alhamdulillah...

Bersyukur kepada Allah kerana telah menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang soleh seperti Ust. Zuridan, Ust. Joha, Ust. Yazid, Hj. Nordin dan Wan Shamsul. Mereka ini berusaha untuk mengembangkan dakwah.Secara tidak lansung timbul dalam diri ini untuk sama-sama membantu menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Keazaman untuk menggunakan segala ilmu yang telah dikurniakan Allah ke jalan yang diredhaiNya.

Langkah pertama aku adalah untuk menerbitkan dan mengedarkan CD ceramah atau kuliah maghrib dengan kerjasama Ustaz-Ustaz dan sahabat-sahabat Indera Sempurna. Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk menampung keperluan surau dan untuk menjalankan program=program dakwah.

Langkah kedua aku adalah untuk bersama-sama dengan Ustaz dan Sahabat lain untuk mengajak remaja, murid dan pelajar-pelajar sekolah untuk memdekati surau.

Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini akan diredhai oleh Allah dan sebagai amal-amal soleh.

Ya. Allah...
Ampunilah aku....
Tunjukanlah jalan yang lurus
Jalan yang Engkau beri nimmat kepada mereka.. para Nabi, Orang-orang benar, Orang-orang yang syahid dan orang-orang soleh.
Bukan jalan yang Engkau murkai
dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.

Ya. Allah..
Peliharalah aku daripada sifat
Ujub, takbur, riak hasad dengki dan iri hati....

Amin....

Template by:
Free Blog Templates