26 Julai 2009

FITNAH TERHADAP ISLAM OLEH ORANG ISLAM

Kadang-kadang saya berasa sedih bila memikirkan perkara ini. Bagaimanalah kita dapat manarik minat orang bukan islam atau kafir terhadap Islam. Islam adalah agama yang terbaik dan Nabi Muhammad S.A.W. adalah contoh yang terbaik. Tapi ada orang Islam sendiri membuat fitnah terhadap Islam. Pengalaman saya bergaul dengan bukan Islam, ada yang bertanya Islam macam tu ke?, Orang tu tukang jaga Masjid je…
Bukanlah tujuan artikel ini untuk menuduh atau mengumpat seseorang , tetapi sebagai renungan kita bersama.

Terdapat pendakwah dengan gaya dan penampilannya dan dia juga bekerja. Tidak dinafikan dari segi ibadatnya amat bagus sekali, setiap sembahyangnya di Masjid. Tapi, dari segi melaksanakan tugas dunia amat longgar. Kalau ingin mendapat keputusan lambat, dokumen yang selalu dihantar hilang, tidak menepati masa temujanji, surat yang dihantar tiada respon sehinggakan mereka yang bukan Islam merungut dan megeluh. Adakah ini ciri-ciri pendakwah yang baik?
Pernah dicerikan kepada saya satu peristiwa berlaku dalam bulan Ramadhan, seorang bukan Islam membuat temujanji lebih kurang jam 3.30 ptg, bila dah pukul 4.00 petang dia maklumkan untuk sambung lain kali sebab nak sembahyang asar dan buka puasa, sedangkan perbincangan itu belum berakhir dan turut dihadiri oleh beberapa orang Islam yang lain. Lalu bertanyalah si bukan Islam ini kepada orang Islam yang lain, tak pergi berbuka puasa ke? Apa pandangan anda? InsyaAllah saya akan cuba bincangkan perkara ini dengan dia, mungkin dia tidak perasan. Semoga Allah memberikan petujuk dan Hidayah kepada kita semua dan menegakkan Hukum Islam di Bumi Malaysia ini.

25 Julai 2009

PENYALAHGUNAAN KUASA DALAM PEMBINAAN



Bidang pembinaan mempunyai asam garamnya yang tersendiri. Hari ini kira melihat apabila berlakunya kegagalan atau masalah pada bangunan, jalan dan lain-lain seperti bangunan runtuh dan jalan cepat rosak. Perkara pertama yang akan difikirkan adalah rasuah. Sebagai contoh apabila runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang baru berusia setahun, Maka ramailah orang yang menjerit, bertempik meminta SPRM menyiasat. Persoalannya, Adakah semua projek bermasalah disebabkan oleh rasuah.

Saya berasa kurang senang dengan perkara ini, bagi saya adalah lebih baik kita mengkaji dahulu dari segi rekabentuk dan proses pembinaan terlebih dahulu sebelum kita menyiasat berlakunya penyelewengan dalam pembinaan. Kemungkinan dari segi rekabentuknya bermasalah atau dari segi tahap kemahiran pekerja yang rendah dan mungkin juga bahan binaan yang rendah kualitinya.


Sebenarnya proses pembinaan mempunyai prosedurnya yang tersendiri, bermula daripada peringkat rekabentuk, penggunaan bahan yang memenuhi spesifikasi, pemeriksaan dan ujian-ujian semasa pembinaan dan selepas pembinaan.
Saya bukanlah ingin menafikan berlakunya penyelewengan dalam pembinaan. Mungkin ada Mungkin tidak.

Template by:
Free Blog Templates